Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4
mod_vvisit_counterYesterday6
mod_vvisit_counterThis week4
mod_vvisit_counterLast week37
mod_vvisit_counterThis month23
mod_vvisit_counterLast month268
mod_vvisit_counterAll days29224

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 38.107.191.86
,
Today: September 05, 2010

PENGENALAN SUNGAI DARA COUNTRY RESORT


Sungai DaraAlam merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Keindahan panorama serta kehijauan pemandangan yang dapat dilihat terasa begitu menenangkan jiwa dan fikiran yang bercelaru. Bayangkan anda menghirup udara segar, berjalan di tepian sungai yang jernih dan bersih airnya, mendengar bunyi air terjun dan kicauan burung yang tidak jemu mendendangkan irama yang begitu mengasyikkan.

Anda berkhemah di tepian sungai, memasak masakan yang merangkumi dari masakan yang asas hinggalah kepada yang pelbagai yang diluar dari kebiasaan anda di rumah atau pejabat. Anda boleh duduk berehat di bawah rimbunan pokok atau membuat aktiviti-aktiviti yang mendekatkan anda dengan alam semula jadi sambil menantikan lewat petang menjelma untuk menyaksikan matahari terbenam.

Di luar kesibukan dan hiruk pikuk kota metropolitan inilah terletaknya salah satu daripada hutan hujan yang tertua di dunia. Terletak di kaki Gunung Liang yang merupakan antara gunung yang tertinggi di Malaysia (Lebih 2000 Meter), Sungai Dara Country Resort menjanjikan suasana penginapan secara ‘outdoor’ yang pasti meninggalkan pengalaman yang indah kepada pengunjung yang gemarkan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Dengan berkonsepkan alam semula jadi, resort ini turut menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi yang selesa buat para pengunjung. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti abseiling, flying fox, aktiviti berhalangan, aktiviti air, ‘mountain bike’ dan ‘jungle tracking’. Perjalanan ke destinasi ini mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kuala Lumpur, 10 minit dari Proton City, Tanjung Malim.

 

Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, Sungai Dara Country Resort amat sesuai dijadikan lokasi untuk kursus-kursus motivasi dan ‘team building’ sama ada untuk sekolah, Institusi Pengajian Tinggi mahupun untuk sektor kerajaan dan korporat.

 

WAKTU

Ulti Clocks content

Cari